Kursus website wordpress

Ilmu membina website adalah ilmu pertama yang perlu diberikan perhatian oleh semua Internet Marketer. Inilah ilmu langkah pertama yang akan membawa kepada kejayaan idaman mereka. Sudah pasti, tanpa kemahiran webste, mereka akan terkapai- kapai mencari halatuju membina pendapatan yang disasarkan di Internet. Jangan terkejut bahawa 96% daripada Internet Marketer yang ingin membuat pendapatan di Internet akan gagal kerana mereka tidak menguasai ilmu- ilmu penting bisnes online.

Tahukah anda bahawa tiga website utama yang dilayari pengguna Internet ialah Search Engine ?

Kita tahu bahawa tiga website utama yang dilayari oleh pengguna Internet Malaysia dan juga pengguna Internet dunia ialah search engine seperti Google dan Yahoo. Jadi, persoalannya kepada kita ialah “Bagaimana kita boleh libatkan bisnes kita di dalam ketiga- tiga website ini?. Sudah semestinya, jawapan yang terbaik ialah dengan memiliki website untuk perniagaan kita. Jadi, bagaimana kita boleh ada website? Jika mengupah orang, sudah pasti kos yang tinggi. Adalah dicadangkan kita sendiri yang membina website kita. Kitalah yang paling memahami perniagaan kita.