WordPress Easy To Learn

Belajar Buat Website Cara Mudah dan Cepat Dengan WordPress

Kursus WordPress + eCommerce + eMarketing + eViral

Kemahiran membina website adalah sangat penting bagi seorang usahawan Internet. Jika kita tidak membina sebuah website, kita kehilangan satu teknik pemasaran Internet yang paling efektif iaitu menggunakan enjin carian (search engine). Namun, jika kita mendapat kedudukan ke page-5 contohnya, bukanlah sesuatu yang baik. Kita sekurang- kurangnya perlu mendapatkan ranking di page-1 atau page-2 untuk memastikan pelayar Internet berkunjung ke website kita.

Kita tahu bahawa tiga website utama yang dilayari oleh pengguna Internet Malaysia dan juga pengguna Internet dunia ialah search engine seperti Google dan Yahoo. Jadi, persoalannya kepada kita ialah “Bagaimana kita boleh libatkan bisnes kita di dalam ketiga- tiga website ini?. Sudah semestinya, jawapan yang terbaik ialah dengan memiliki website untuk perniagaan kita. Jadi, bagaimana kita boleh ada website? Jika mengupah orang, sudah pasti kos yang tinggi. Adalah dicadangkan kita sendiri yang membina website kita. Kitalah yang paling memahami perniagaan kita.

Di dalam kursus WordPress + eMarketing, ianya bukan sahaja mengenai pembinaan website semata- mata. Ianya akan melibatkan teknik dan tool yang diperlukan bagi membina sebuah website dan juga perniagaan Internet yang berjaya. Pendapatan lima angka sebulan adalah sesuatu yang tidak mustahil dan kita boleh lakukan menggunakan pemasaran Internet.

Pastikan diri anda tidak bertangguh atau membuang masa lagi. Masa adalah lebih bernilai daripada emas. Anda perlu mendapatkan kemahiran membina website CMS WordPress+emarketing bagi menjamin kejayaan anda di dalam perniagaan Internet. Sudah pasti, rahsia bagaimana kita boleh berjaya akan didedahkan di dalam merangka strategi pemasaran Internet yang berjaya. Hadiri kursus WordPress + emarketing adalah satu kemestian kepada mereka yang ingin berjaya dan sudah bosan menjadi usahawan Internet yang biasa- biasa sahaja.

Siapakah yang sesuai menyertai kursus  Wordpress -emarketing ini? Sesiapa sahaja yang biasa menggunakan laptop ataupun komputer. Itu sahaja syaratnya. Tidak perlu ada latarbelakang pendidikan bahagian IT. Sesuai untuk semua.

Siapa yang patut hadiri kursus  Wordpress + eMarketing ini?

  • Pelajar
  • Suri rumah
  • Pekerja
  • Guru
  • Peniaga
  • Penggiat Online
  • Pengurus Syarikat
  • Pensyarah
  • Kakitangan kerajaan
  • Kakitangan swasta
  • Usahawan
  • Bekerja sendiri
  • Sesiapa sahaja yang berminat.

Apakah yang anda dapat di Kursus WordPress + eMarketing ini?

  • Di ajar oleh tenaga pengajar yang berpengalaman luas di dalam dunia online business.
  • Kelas dijalankan secara hands-on terus membina website anda sendiri.
  • Mempunyai website anda terus berada di Internet selepas kursus.
  • Kelas pembelajaran yang selesa dengan jumlah peserta yang sesuai.
  • Cadangan bisnes online yang terbukti berhasil kepada anda jika diperlukan.
  • Tempat pembelajaran yang selesa untuk pembelajaran optimum anda.

Kenapa kita perlu buat online business?

  • Meluaskan pasaran bisnes anda ke peringkat global.
  • Peluang menggandakan pendapatan secara online.
  • Kebebasan masa.
  • Nak isi masa lapang
  • Nak buat income tambahan bayar hutang cepat
  • Nak pergi melancong ke luar negara
  • Nak belajar dan menguasai ilmu Internet
  • Nak berhenti kerja dan hidup ditanggung income online.

Kursus untuk mempelajari bagaimana cara membina Website dengan menggunakan platform CMS WordPress + eMarketing secara hands-on ini dibuka kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk mempelajari langkah-langkah untuk pembinaan website dan Internet marketing. Sesiapa sahaja yang biasa menggunakan laptop atau komputer boleh menyertainya. Tempat adalah terhad kepada 12 orang peserta sahaja, pastikan anda tidak melepaskan peluang ini. Sijil akan disediakan kepada peserta.

Hubungi segera urusetia di talian 011-2880 2694 untuk maklumat lanjut atau klik whatsapp untuk info pantas.

 


 

Apakah Yang Akan Anda Pelajari Dalam Kursus Ini ?

  • Online business strategy
  • Search Engine Optimization (SEO)
  • Adwords Keyword Planner
  • Domain, subdomain, webhosting, cpanel
  • Installation & Theme customization
  • Menu, permalink, static page, category
  • Widgets & Plugins:
    FB page widget, WP Instagram widget
    Displet Pop, Akismet, Contact Form 7, Live chat
    youtube, All in one SEO, eCommerce, eViral & others.

Extra: Ebook + ebook cover + autoresponder

New bonus:  Domain & hosting bernilai RM120 &  premium theme bernilai RM270.

Hubungi segera urusetia di talian 011-2880 2694 atau klik terus kat link wasap di bawah.


Ilmu membina website adalah ilmu pertama yang perlu diberikan perhatian oleh semua Internet Marketer. Inilah ilmu langkah pertama yang akan membawa kepada kejayaan idaman mereka. Sudah pasti, tanpa kemahiran webste, mereka akan terkapai- kapai mencari halatuju membina pendapatan yang disasarkan di Internet. Jangan terkejut bahawa 96% daripada Internet Marketer yang ingin membuat pendapatan di Internet akan gagal kerana mereka tidak menguasai ilmu- ilmu penting bisnes online.


8 sebab kenapa anda perlu menggunakan WordPress untuk membina website.

Apabila kita ingin melakukan sesuatu, sudah pasti ada sebab kukuh kita melakukannya. Jika tidak ada sebab yang kukuh dan juga boleh diterima, mungkin perkara yang kita lakukan itu menjadi sia- sia. Oleh itu, kenapa kita belajar membina website menggunakan WordPress?

Ini adalah lapan sebab atau alasan kenapa kita belajar membina website menggunakan CMS WordPress.

1.Wordpress adalah CMS no 1 di dunia. Ianya mengatasi pelbagai CMS lain seperti blogspot, joomla dan drupal. Dengan menggunakan Google Trend , kita dapat lihat carta penggunaan CMS  WordPress ini yang mengungguli kedudukan pada ketika sekarang.

2.Pelbagai template atau theme yang menarik boleh didapati dengan WordPress. Theme ini adalah berdasarkan tujuan dan tema website kita. Pelbagai theme yang percuma memenuhi kehendak. Ada juga theme premium yang boleh kita dapatkan dengan sedikit modal untuk menaikkan lagi seri website kita.

3.Plugin yang banyak melebihi jumlah 20 ribu. Pelbagai pilihan plugin dan widget kita boleh gunakan untuk website kita. Sudah tentu kita tidak menggunakan kesemuanya tetapi dengan adanya pilihan – pilihan ini, ianya membuatkan pembinaan website kita menjadi lebih mudah dan menepati kehendak. Pasti kita perlu memilih dengan teliti daripada beberapa plugin untuk sesuatu tugas.

4.Wordpress adalalah content management system yang amat mudah digunakan. Pasti kelebihan “user friendly” menjadi keutamaan. Dengan adanya langkah- langkah yang mudah dan tidak merumitkan, pengalaman membina website tidak memeningkan kepala. Dengan latihan yang cukup, sudah pasti kita teringin untuk membina lebih banyak website dengan WordPress.

5.ECommerce website boleh dibina dengan mudah dengan menggunakan woocommerce. Inilah kelebihan WordPress yang menjadi pilihan kepada kebanyak peniaga Internet. Sudah pasti, sesuatu yang nampak mustahil pada suatu ketika dahulu, kini dapat dibina dengan mudah oleh seseorang tanpa pengetahuan IT. Yang penting, ada minat untuk mendalami ilmu dan terus belajar dan pratikkan. Lalukan perniagaan dan jualan sebenar!

6.Kemaskini versi terbaru di WordPress dengan mudah. Jika CMS lain, ianya tidak dapat dilakukan kerana versi terbaru tidak sama dengan versi terdahulu. Theme atau plugin tidak sesuai dengan versi terbaru. Namun, ianya tidak terjadi di WordPress. Kita boleh upgrade versi wordpress tanpa ada kesulitan ke atas theme atau plugin yang sedia ada.

7.Rekabentuk responsif yang membuatkan paparan yang sesuai di mobile phone. Tidak dapat kita nafikan 70% orang sekarang melayari Internet dengan smart phone. Oleh itu, responsive design amatlah diperlukan dan ianya mudah disediakan di dalam WordPress. Kebanyakan theme WordPress sudah pun built-in responsif.

8.SEO adalah satu perkara yang amat penting di dalam pembinaan website. Ianya adalah penentu ranking sesebuah website di dalam enjin carian Google. Dengan WordPress, kita mudah meletakkan “enjin roket” SEO. Dengan plugin yang tersedia ada dan teknik – teknik kayakan keywords di dalam website kita amat mudah dilakukan dengan WordPress.

Begitulah kelebihan WordPress yang amat mendahului CMS lain.


 

Contact Us